EKONOMI

HONOR MALAYSIA PERKENAL EMPAT PERANTI BAHARU DI PASARAN BERMULA KHAMIS INI

24/04/2024 11:37 AM

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) --HONOR Malaysia akan memperkenalkan empat peranti baharu iaitu tablet HONOR Pad 9 5G, komputer riba HONOR MagicBook X 16, telefon pintar HONOR X7b 5G dan jam tangan pintar kesihatan serta kecergasan HONOR Band 9.

HONOR Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa perantI tersebut boleh didapati rangkaian kedai HONOR di seluruh negara, platform dalam talian, pengedar sah dan laman web rasmi HONOR bermula Khamis ini

HONOR Pad 9 versi 5G pada harga RM1,799 itu didatangi dengan hadiah bernilai RM698 terdiri daripada papan kekunci Smart Bluetooth dan pensil pintar HONOR Choice pada setiap pembelian.

“Selain itu, Maxis menawarkan HONOR Pad 9 5G pada harga RM47 sebulan dengan pelan Maxis Postpaid 79. Manakala CelcomDigi menawarkan tablet itu pada harga RM1 sebulan dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 260,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, HONOR Pad 9 menampilkan Paparan Keselesaan Mata 2.5K 12.1 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan nisbah skrin ke badan 88% serta dilengkapi lapan pembesar suara untuk menghasilkan audio 360 darjah dengan jelas menerusi penalaan bunyi HONOR Histen dan 'Bidirectional Vocal Enhancement'.

Mengenai storan pula, HONOR Pad 9 didatangi dengan storan 256 gigabait (GB) untuk menyimpan pelbagai koleksi multimedia serta tablet ini turut menawarkan kapasiti bateri besar 8300 mAh bagi penggunaan sepanjang hari.

Bagi HONOR X7b 5G pula, peranti 5G ini mempunyai storan terbesar dalam kelasnya dengan RAM 16GB dan storan 256GB serta tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Flowing Silver dan Emerald Green pada harga RM899.

Menurut kenyataan itu, HONOR X7b menawarkan bateri besar 6,000mAh membolehkan sehingga tiga hari penggunaan dengan hanya sekali cas manakala kamera utama 108MP dan sensor 1/1.67 inci menghasilkan tangkapan gambar walaupun dalam cahaya malap.

Ia turut mempunyai mod potret dengan zum dua kali ganda dan ciri rakaman multi video.

Selain itu, pembesar suara dwi stereo menghasilkan volum tinggi 200 peratus sebagai ciri audio termaju.

Sementara itu, HONOR MagicBook X 16 tampil dengan 8GB RAM dan 512GB tersedia dengan warna Space Gray pada harga RM2,999 itu didatangi hadiah percuma bernilai RM468 yang terdiri daripada beg galas HONOR, satu tahun percuma langganan Microsoft 365 dan jaminan tiga tahun.

Komputer riba itu mempunyai papasan FullView 16 inci dengan nisbah aspek 16:10, nisbah skrin terhadap badan sebanyak 89 peratus, bezel sisi yang nipis 4.5 milimeter (mm) dan resolusi tinggi 1920x1200.

Ia juga dikuasakan oleh Pemproses Intel® Core™ i5-12450H Generasi ke-12 yang mempunyai empat inti prestasi yang mampu mempercepatkan komputer riba hingga 4.4GHz tanpa usaha.

“Dengan ciri pintar HONOR Connect, pengguna boleh menyambungkan telefon pintar HONOR ke HONOR MagicBook X 16 untuk mengakses dan mengurus notifikasi dengan mudah, menjawab panggilan dan membalas mesej pada skrin yang lebih besar,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, HONOR Band 9, adalah jam tangan pintar serba boleh dengan ciri-ciri pemantauan kesihatan dan kecergasan.

Ditawarkan pada harga RM199, peranti tersebut dalam tiga warna iaitu ungu, hitam dan biru dan menampilkan paparan AMOLED 1.57 inci dan bateri mampu bertahan sehingga 14 hari dengan sekali cas.

Kadar segar semula sehingga 60 Hz, pengguna boleh melihat notifikasi seperti cuaca, mesej dan sebagainya dengan jelas.

Ciri 'Fitness Age' ia menyediakan 96 pilihan latihan kecergasan, penilaian tubuh dan pengambilan oksigen bagi pengguna menjaga kesihatan.

Senarai harga: HONOR Pad 9 5G (RM1,799); HONOR X7b 5G (RM899); HONOR MagicBook X 16 (RM2,999); HONOR Band 9 (RM199).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan