DUNIA

MISI MANUSIA MENDARAT DI BULAN BERJALAN IKUT JADUAL - CMSA

25/04/2024 03:56 PM

BEIJING, 25 April (Bernama-CMG) -- Kerja membangunkan pelbagai peralatan untuk misi pendaratan manusia di Bulan menjelang 2030 sedang giat dilaksanakan seperti dirancang, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).

Naib Pengarah CMSA Lin Xiqiang berkata pengeluaran dan sesi ujian prototaip peralatan utama termasuk roket pembawa Long March 10, kapal angkasa bermanusia Mengzhou, alat pendarat Lanyue dan sut angkasawan digerakkan dengan lancar.

Menurutnya, angkasawan yang akan terlibat dalam misi berkenaan perlu menguasai pelbagai kemahiran antaranya mengendalikan kapal angkasa Mengzhou dan alat pendarat Lanyue ketika keadaan normal dan kecemasan, keluar masuk kabin, berjalan di Bulan yang hanya mempunyai seperenam graviti Bumi, mengawal kenderaan perayau secara jarak jauh, mengambil sampel dan menjalankan penyelidikan saintifik di Bulan.

Tambah beliau kerja memilih angkasawan simpanan kumpulan keempat sudah selesai dan butiran lanjut akan diumumkan tidak lama lagi.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan