DUNIA

TIGA MAYAT DIKETEMUKAN DALAM TRAGEDI TANAH RUNTUH DI JAWA BARAT

26/04/2024 10:34 PM

JAKARTA, 26 April (Bernama) -- Pasukan penyelamat menjumpai tiga mayat tertimbus di bawah timbunan  tanah runtuh di Garut, Jawa Barat pada Jumaat, menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia.   

Jurucakap Abdul Muhari berkata bencana itu melanda Kampung Talagajaya di Banjarwangi berikutan hujan lebat berterusan pada Khamis malam.

“Tanah runtuh itu juga mengakibatkan kerosakan besar kepada rumah dan tempat ibadat. Ia menimbus dua kereta dan tiga motosikal,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhari berkata agensi pengurusan bencana tempatan kini berada di lokasi kejadian, menguruskan dan membersihkan kesan tanah runtuh itu.

Beliau mengingatkan masyarakat yang tinggal di kawasan yang cenderung mengalami tanah runtuh supaya memantau laporan cuaca semasa musim hujan ini dan sedia berpindah jika diperlukan. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan