BERITA TERGEMPAR   Selangor FC pulls out of 2024 Charity Shield match, stating it will not compromise on team safety | 
 JENAYAH & MAHKAMAH

DUA LELAKI DITAHAN UJI KELAJUAN KENDERAAN

27/04/2024 08:28 AM

KOTA BHARU, 27 April (Bernama) -- Dua lelaki ditahan kerana menguji kelajuan kenderaan di jalan awam dalam Op Samseng Jalanan di Pasir Tumboh dan Peringat, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud dalam kenyataan malam tadi berkata tindakan pemandu kereta berusia 39 tahun dan penunggang motosikal berusia 19 tahun itu dilihat membahayakan nyawa sendiri.

Susulan penahanan itu polis menyita sebuah kereta dan dua buah motosikal di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta mereka direman sehingga esok.

Beliau berkata operasi dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu itu bertujuan mencegah aktiviti permotoran yang mengganggu ketenteraman awam pada waktu malam dengan pemanduan yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Dalam operasi itu polis telah memeriksa sebanyak 63 buah kenderaan melibatkan motosikal dan kereta dan turut mengeluarkan sebanyak 85 saman kepada mereka yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas, termasuk pengubahsuaian ekzos serta tiada lesen memandu.

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa di negara ini,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan