AM

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MEGAH PORT MANAGEMENT MERIAH

04/05/2024 12:39 PM

LABUAN, 4 Mei (Bernama) -- Pengendali pelabuhan kontena Labuan, Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) meneruskan tradisi tahunan mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MPM Idjal Tahir berkata rumah terbuka itu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 1,000 penduduk Labuan daripada pelbagai etnik.

“Pandemik COVID-19 sebelum ini mengehadkan syarikat-syarikat daripada mengadakan perhimpunan yang besar dan MPM tidak terkecuali.

“Tahun ini MPM lebih proaktif dengan lebih banyak program CSR termasuk penganjuran rumah terbuka Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka berkenaan.

Beliau berkata penganjuran rumah terbuka itu juga dapat mengeratkan hubungan MPM dengan pemain industri logistik dan perkapalan serta agensi kerajaan yang merupakan antara pemegang taruh pelabuhan kontena Labuan.

Pada majlis itu MPM turut menghulurkan bantuan wang tunai kepada 100 anak yatim dan asnaf di pulau bebas cukai berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan