DUNIA

BURSA MALAYSIA TINGGI PADA TENGAH HARI

07/05/2024 02:08 PM

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh keyakinan Wall Street terhadap jangkaan penurunan kadar kadar Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 11.97 mata kepada 1,609.36 daripada 1,597.39 ketika ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran, yang dibuka tinggi 3.46 mata kepada 1,600.85, bergerak antara 1,600.66 dan 1,609.99 pada sesi tersebut.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 566 berbanding 426 manakala 473 kaunter tidak berubah, 848 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.78 bilion unit bernilai RM1.73 bilion.

Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes berkata pasaran saham mula kelihatan lebih menarik apabila peserta pasaran selepas berita bahawa kenaikan kadar faedah tidak akan berlaku buat masa ini.

"Sambutan pasaran global terhadap petunjuk pasaran pekerjaan AS yang semakin lemah juga menguatkan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Fed AS dalam beberapa bulan akan datang telah menjadi pemacu penting bagi sentimen pasaran saham," katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing naik dua sen kepada RM9.85 dan RM4.22, CIMB menokok 12 sen kepada RM6.87, Tenaga Nasional juga menambah dua sen kepada RM12.40 dan IHH Healthcare meningkat satu sen kepada RM6.31.

Bagi saham aktif, Ingenieur merosot 0.5 sen kepada 10.5 sen, Iconic naik satu sen kepada 12.5 sen, Capital A melonjak tujuh sen kepada 91 sen, manakala MYEG dam SNS masing-masing menambah 1.5 sen kepada 93 sen dan 48.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 82.88 mata kepada 12,117.15, Indeks FBMT 100 naik 80.65 mata kepada 11,737.63, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 81.00 mata kepada 12,310.92.

Indeks FBM 70 menambah 89 mata kepada 16,924.65, Indeks FBM ACE turun 25.16 mata kepada 5,115.75.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 132.56 mata kepada 17,566.17, Indeks Tenaga menokok 15.47 mata kepada 978.18, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 1.47 mata kepada 193.41 dan Indeks Perladangan menambah 54.03 mata kepada 7,447.17.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan