EKONOMI

Sebanyak 2,288 Stesen Pengecas Ev Dipasang Sehingga Mac 2024

12/05/2024 01:07 AM

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) — Sebanyak 268 stesen pengecas kereta elektrik (EV) telah beroperasi, menjadikan jumlah terkumpul Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB) setakat Mac 2024 sebanyak 2,288 unit, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). 

Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kementerian masih lagi mengekalkan sasaran 10,000 stesen pengecas baru tetapi sasaran Pengecas Pantas arus terus (DC) dinaikkan dari 1,000 stesen pengecas ke 1,500 stesen.

“Pasaran EV di dalam negara terus mencatatkan perkembangan yang pesat bagi tiga bulan pertama tahun ini, yang mana hampir 11,000 unit kenderaan elektrik bateri (BEV) dan hibrid telah dijual sehingga Mac 2024,” katanya dalam hantaran media sosial malam ini. 

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) yang dipengerusikan Datuk Seri Fadillah Yusof itu turut membincangkan konsep Pasport Bateri EV. 

Katanya, semua bateri EV perlu mempunyai sistem pengenalan agar dapat memastikan semua bateri yang telah tamat hayatnya boleh dikesan dan dikitar semula selaras dengan konsep ekonomi kitaran. 

“Kenderaan EV juga perlu menjadi sebahagian daripada ekonomi kitaran. Masih banyak lagi inisiatif yang boleh dilaksanakan bagi menambahbaik ekosistem EV sedia ada. 

“Insya-Allah, kita akan bersama-sama menggerakkan pembangunan industri dan ekosistem EV negara secara progresif,” katanya. 

— BERNAMA 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan