AM

Anwar Ucap Tahniah Lawrence Wong Dilantik PM Singapura, Jemput Lawat Malaysia

17/05/2024 02:02 PM

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan Lawrence Wong sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu dan menjemput rakan sejawatnya untuk melawat Malaysia secepat mungkin.

Menerusi hantaran di Facebook malam tadi, Anwar menyampaikan ucapan itu menerusi panggilan telefon kepada Wong.

“Kami senada untuk memberi komitmen dan bekerjasama rapat selain meneruskan perbincangan mengenai perkara yang berkepentingan bersama,” menurut hantaran itu.

Wong, 51, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Singapura Keempat di Istana pada 15 Mei, menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang memegang tampuk pemerintahan negara selama hampir 20 tahun.

Menurut hantaran sama, Anwar berkata Wong turut mengucapkan tahniah kepada beliau di atas kemenangan pada pilihan raya kecil di Kuala Kubu Baharu baru-baru ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan