AM

AGONG, RAJA PERMAISURI ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI WESAK

22/05/2024 08:49 AM

KUALA LUMPUR, 22 Mei  (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.

Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Seri Paduka Baginda bertitah keharmonian antara kaum sentiasa menjadi tunjang perpaduan negara.

“Selamat Hari Wesak diucapkan kepada semua penganut agama Buddha di negara ini,” titah Seri Paduka Baginda melalui hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Perayaan Hari Wesak disambut hari ini.

Hari Wesak disambut penganut Buddha sebagai menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gauthama Buddha, iaitu kelahirannya, penyedaran dan hari dia meninggal dunia.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan