SUKAN

Wee Kiong Belum Fikir Bersara Dari Arena Badminton

22/05/2024 03:19 PM

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Pemain beregu lelaki profesional, Tan Wee Kiong belum memutuskan sama ada mahu bersara daripada arena badminton negara dalam masa terdekat. 

Wee Kiong, 35, berkata walaupun bersara daripada sukan ini berada dalam ‘pertimbangannya’, namun enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara berkenaan. 

“Belum berfikir untuk bersara, kalau ada sponsor ok. Memang dalam perancangan untuk teruskan bermain tahun depan, tapi belum tahu lagi. 

“Saya tidak beri jangka masa untuk langkah seterusnya, tapi saya hargai waktu dalam gelanggang, latihan, jadi harap sebelum bersara dapat capai keputusan cemerlang,” katanya kepada pemberita di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam. 

Wee Kiong dan rakan gandingan, Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn ditunjukkan jalan keluar oleh rakan senegara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri menerusi permainan straight set 20-22 dan 19-21 pada pusingan pertama Malaysia Masters 2024. 

Beliau bagaimanapun tidak menidakkan bahawa Malaysia Masters 2024 merupakan kejohanan di tanah air yang terakhir buat dirinya, namun tetap bersemangat untuk menembusi kelompok 32 terbaik dunia tahun ini. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan