DUNIA

China Sokong Negara Arab Berintegriti Mainkan Peranan Lebih Besar Dalam Isu Palestin

22/05/2024 03:42 PM

BEIJING, 22 Mei (Bernama-CMG) -- China telah meneliti perisytiharan dan kenyataan berkenaan yang diumumkan dalam Sidang Kemuncak Majlis Pemimpin Liga Arab ke-33 di Bahrain yang memfokuskan isu Palestin-Israel, kata Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada Selasa.

Wang berkata China menghargai pelbagai keputusan yang dicapai dalam sidang itu seperti menuntut "penyelesaian dua negara" dilaksanakan, menyeru untuk mengadakan persidangan damai antarabangsa, menyokong pelbagai puak dalam Palestin berdamai, menyeru masyarakat antarabangsa serta negara kuasa besar yang berpengaruh menjauhkan diri dari amalan yang bermotifkan politik dan dwistandard apabila menangani krisis antarabangsa.

Menurut beliau, China menyokong negara-negara Arab berintegriti memainkan peranan yang lebih besar dalam menangani isu Palestin, dan bersedia terus bersama-sama dengan negara Arab meningkatkan koordinasi dan kerjasama, memberi sumbangan kepada usaha meredakan ketegangan dalam situasi Palestin-Israel dan menggerakkan isu Palestin kembali ke landasan yang tepat yang berteraskan "penyelesaian dua negara".

Sidang Kemuncak Majlis Pemimpin Liga Arab ke-33 yang diadakan di Bahrain itu juga menekankan pendirian bersatu negara-negara Arab serta memuji pendirian China yang menyokong negara-negara Arab khususnya dalam isu Palestin.

-- BERNAMA-CMG


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan