PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan atau menjadi mangsa tanah runtuh di Wilayah Enga, Papua New Guinea pada Jumaat, setakat ini kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Kementerian itu berkata Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby sedang memantau dengan rapi satu insiden tanah runtuh di Daerah Porgera-Paiela dan secara aktif menyelaraskan usaha bersama pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu.
“Malaysia bersimpati dan mengucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terkesan oleh tanah runtuh itu, selain kepada rakyat dan kerajaan Papua New Guninea.
Rakyat Malaysia di kawasan berdekatan digesa supaya kekal berwaspada dan mematuhi dan mengikuti panduan dan kemas kini terkini daripada pihak berkuasa tempatan,” kataya.
Wisma Putra berkata rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular supaya menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di alamat Lot 16, Seksyen 531, Rosewood Executive Residence, Savankutinah Heights, Peti Surat 1400, Port Moresby, Papua New Guinea.
Suruhanjaya Tinggi juga boleh dihubungi menerusi talian +675-325 1506 / +675-325 2076 dan +675-7178 8414 (untuk kecemasan) dan e-mel mwportmoresby@kln.gov.my.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial