AM

FAHMI JUMPA PENGENDALI PLATFORM MEDIA SOSIAL DI SINGAPURA BULAN DEPAN

25/05/2024 08:41 PM

KUCHING, 25 Mei (Bernama) -- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kementerian itu akan mengadakan pertemuan dengan semua pengendali platform media sosial di Singapura bulan depan.

Beliau berkata pertemuan itu dibuat susulan tindakan syarikat induk Facebook iaitu Meta Platforms yang menurunkan hantaran laporan berita oleh media di Malaysia mengenai pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh di Qatar pada 13 Mei lepas.

"Jadi pertemuan ini adalah bagi memberi penegasan mengenai beberapa perkara termasuk prinsip kebebasan media yang harus diberi kerjasama," katanya kepada pemberita selepas  merasmikan pameran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di sini hari ini.

Fahmi berkata tindakan Meta adalah tidak wajar kerana syarikat itu sepatutnya lebih cakna mengenai perkara tersebut.

"MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) juga telah menghantar surat kepada pihak Meta untuk mendapatkan penjelasan daripada mereka," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan