DUNIA

JUMLAH KEMATIAN RAKYAT PALESTIN DI GAZA MENINGKAT KEPADA 35,984

26/05/2024 11:49 PM

GAZA, 26 Mei (Bernama-Xinhua) -- Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 35,984 orang, kata pihak berkuasa kesihatan di wilayah Palestin dalam satu kenyataan pada Ahad, lapor Xinhua.

Tentera Israel membunuh 81 rakyat Palestin dan mencederakan 223 yang lain dalam tempoh 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 35,984 dan kecederaan kepada 80,643 sejak konflik Palestin-Israel tercetus pada Oktober 2023.

Kenyataan itu menyatakan bahawa beberapa mangsa masih berada di bawah runtuhan akibat pengeboman bertalu-talu dan kekurangan pasukan penyelamat.

Sementara itu, Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin Di  Asia  Barat (UNRWA) dalam hantarannya di laman X (dahulunya Twittter) berkata konflik di Gaza terus menjadi perang  ke atas orang awam, dengan mencatatkan bahawa "kematian orang awam, pemindahan, pemusnahan rumah dan infrastruktur awam yang penting terus berlanjutan tanpa henti".

"Tiada tempat yang selamat di Gaza, kita memerlukan gencatan senjata sekarang," kata UNRWA.

-- BERNAMA-XINHUA            

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan