AM

BEKAS PENGACARA MAJALAH 3 MENINGGAL DUNIA

30/05/2024 02:12 PM

IPOH, 30 Mei (Bernama) -- Bekas pengacara rancangan dokumentari Majalah 3, Abdullah Sidek Majin  meninggal dunia di Hospital Slim River, Muallim kira-kira 11 malam tadi.

Perkara itu disahkan Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Media Prima Berhad Kamaruddin Mape ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata Allahyarham yang sebelum ini menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat sejak tiga bulan lepas dilaporkan terjatuh di rumah ibunya di Kampung Lubuk Salak, Tanjong Malim petang semalam. 

"Kami dimaklumkan berita pemergian Allahyarham dalam kumpulan WhatsApp sekitar 11 malam dan ia satu berita yang amat menyedihkan buat kami semua kerana kehilangan seorang sahabat,” katanya. 

Kamaruddin berkata pemergian Abdullah Sidek, 58, merupakan satu kehilangan besar buat TV3 dan bidang kewartawanan.

"Apa yang saya tahu Allahyarham cukup gemar membuat liputan mengenai alam, laut dan persekitaran. Kehilangannya sememangnya cukup dirasai kerana beliau seorang yang cukup berdedikasi dalam tugasan," katanya.

Allahyarham meninggalkan isteri Khairana Sabtu dan lima anak.

Abdullah Sidek merupakan antara penerima Tabung Kasih@HAWANA yang dikelola Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Tabung Kasih@HAWANA diwujudkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 bagi menyantuni wartawan dan petugas media yang masih berkhidmat atau sudah bersara, yang mengalami keuzuran atau memerlukan bantuan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan