AM

ZAKAT MELAKA TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN RM7.42 JUTA

30/05/2024 03:48 PM

MELAKA, 30 Mei (Bernama) -- Zakat Melaka menerima penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM7.42 juta daripada 13 entiti korporat yang beroperasi di negeri itu, kata Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi  dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman.

Beliau berkata pembayaran zakat perniagaan itu dilunaskan oleh wakil agensi masing-masing iaitu  Lembaga Tabung Haji sebanyak RM3.363 juta,  Kumpulan UTeM Berhad (RM687,999), Etiqa General Takaful Berhad (RM650,000) dan Etiqa Family Takaful (RM300,000).

"Selain itu Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd (RM500,000),  Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (RM415,517), Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd (RM373,664), Bank Muamalat Malaysia Berhad (RM358,640) dan Syarikat Air Melaka Berhad (RM262,576).

"Turut menyerahkan zakat perniagaan mereka ialah Bank Islam Malaysia Berhad (RM168,000),  CelcomDigi Berhad (RM175,375), Perbadanan Melaka (MCorp) (RM82,476), Melaka Bekal Sdn Bhd (RM58,100) dan Selia Selenggara Engineering Sdn Bhd (RM24,137)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh entiti korporat itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam.

Mohd Ali turut menyampaikan Anugerah Khas Potongan Gaji Majikan Tertinggi  2023 untuk sektor swasta kepada Malaysia Refining Company Sdn Bhd (MRCSB) dan Universiti Teknikal Malaysia Berhad (UTeM) bagi sektor awam. 

Rahmad berkata sehingga 27 Mei lepas, kutipan zakat harta di Melaka meningkat 4.62 peratus kepada RM68.944 juta melibatkan 46,637 pembayar zakat berbanding RM65.897 juta melibatkan 46,054 orang pada tempoh sama tahun lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan