AM

PERKHIDMATAN MRT LALUAN PUTRAJAYA PULIH

01/06/2024 12:05 AM

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Perkhidmatan tren MRT Laluan Putrajaya yang mengalami gangguan akibat masalah sistem komunikasi telah pulih pada 9.48 malam tadi.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan malam ini memaklumkan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya mengalami kelewatan jadual perkhidmatan bermula 7.22 malam tadi akibat gangguan sistem persemboyanan.

“Kerja-kerja rektifikasi terperinci akan dijalankan oleh pasukan teknikal selepas tamat waktu operasi pada malam ini.

“Pihak Rapid Rail sebagai pihak operator memandang serius akan gangguan ini yang telah menjejaskan pengguna perkhidmatan laluan MRT terbaharu dalam rangkaian relnya,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu Rapid Rail bekerjasama dengan pihak MRT Corp selaku pemilik aset serta pihak kontraktor dan pembekal sistem berkenaan untuk menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar gangguan tersebut.

Rapid Rail turut memaklumkan perkhidmatan bas perantara percuma dari Stesen Chan Sow Lin hingga ke Stesen Putrajaya Sentral masih disediakan sebagai pilihan alternatif penumpang untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

“Anggota Polis Bantuan dan petugas stesen telah ditempatkan di platform dan kawasan ruang legar stesen bagi membantu pergerakan semua penumpang,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan