AM

WANITA MAUT, DUA CEDERA KERETA MELANGGAR PENGHADANG JALAN

03/06/2024 11:38 AM

SIBU, 3 Jun (Bernama) -- Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera apabila kereta yang mereka naiki melanggar penghadang jalan di Jalan Kelupu-Julau-Durin (KJD), dua kilometer (km) menuju ke arah Jejambat Julau, kira-kira 40km dari sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Nicholas Belulin berkata mangsa yang maut ialah Eveely Emilya Epah, 22, yang merupakan penumpang hadapan, manakala suami mangsa Wilson Ajut, 25, cedera tangan kiri dan seorang lagi penumpang, Linda Ujang, 19, patah kaki kiri.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kejadian kemalangan tersebut pada pukul 10.15 malam dan mengerakkan anggotanya ke lokasi.

“Tiba di lokasi didapati, seorang mangsa wanita (isteri pemandu) tersepit di tempat duduk penumpang hadapan manakala pemandu keluar sendiri dari kenderaan dan penumpang belakang telah dikeluarkan oleh pihak ambulans,” katanya katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang meninggal dunia itu dari kenderaan yang remuk itu menggunakan peralatan khas, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut

Berdasarkan maklumat awal, kejadian berlaku sewaktu kenderaan dipandu Wilson sedang dalam perjalanan dari arah Betong menuju ke Song, Kapit di bahagian tengah Sarawak.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan