AM

JOHARI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEMBANGKANG JEPUN

04/06/2024 06:37 PM

Oleh Siti Baaqiah Mamat

TOKYO, 4 Jun (Bernama) -- Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul menerima kunjungan hormat Ketua Pembangkang Jepun Izumi Kenta pada Isnin di Bangunan Pejabat Dewan Ahli Majlis Jepun.

Dalam lawatan 30 minit itu, Johari dan Kenta bertukar-tukar pandangan mengenai situasi politik semasa kedua-dua negara termasuk kepimpinan muda dan cabaran parti pembangkang.

Kenta ialah ketua Parti Demokratik Berperlembagaan Jepun.

Semasa pertemuan itu, Johari berkata kerjasama dalam program kepimpinan muda akan memastikan masa depan yang lebih cemerlang berdasarkan inovasi, mencergaskan kembali perspektif untuk rantau Asia.

“Kami telah banyak melabur untuk memupuk pemimpin muda dan kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan Jepun dalam hal ini untuk memperoleh kemakmuran bersama.

“Malaysia dan Jepun telah mempunyai hubungan yang begitu lama dan dengan kesefahaman ini, kedua-dua negara akan mendapat manfaat dari hubungan baik tersebut,” kata Johari.

Mereka juga telah mengesahkan bahawa mereka akan terus bekerjasama dengan lebih rapat untuk mengeratkan lagi hubungan baik antara Jepun dan Malaysia.

Johari mengetuai delegasi Parlimen Malaysia ke Jepun untuk lawatan lima hari bermula Isnin (3 Jun).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan