AM

JOHARI ABDUL HADIRI MAKAN MALAM DIHOSKAN RAKAN SEJAWAT DI JEPUN, FUKUSHIRO NUKAGA

04/06/2024 11:51 PM

Daripada Siti Baaqiah Mamat

TOKYO, 4 Jun (Bernama) -- Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan isterinya, Puan Sri Datin Noraini Mohd menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Speaker Dewan Perwakilan Jepun Fukushiro Nukaga. 

Majlis itu diadakan di Kediaman Rasmi Speaker di Chiyoda di sini dan ia turut dihadiri oleh isteri Nukaga iaitu Mieko. 

Johari diiringi Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Shahril Effendi Abd Ghany dan isterinya, Datin Suriyah Abdullah. 

Johari mengetuai delegasi Parlimen Malaysia ke Jepun dalam lawatan rasmi lima hari bermula Isnin lepas.

Jepun dan Malaysia menjalin hubungan diplomatik pada 1957.

Pada 2023, Jepun kekal sebagai rakan perdagangan keempat terbesar Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut sejak 2015. 

-- BERNAMA  

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan