AM

IMIGRESEN PERAK HANTAR PULANG 121 PENDATANG TANPA IZIN KE NEGARA ASAL

05/06/2024 10:53 PM

IPOH, 5 Jun (Bernama)  -- Seramai 121 pendatang asing tanpa izin yang ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Langkap, dekat sini, dihantar pulang ke negara asal hari ini selepas selesai menjalani hukuman denda dan penjara.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak, Meor Hezbullah Meor Abdul Malik berkata penghantaran pulang itu melibatkan 76 lelaki, 37 wanita, enam kanak-kanak lelaki serta dua kanak-kanak perempuan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Kesemua mereka berusia lingkungan satu bulan hingga 55 tahun.

“Rata-rata mereka didapati telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 selain diputuskan pemindahan ke negara asal masing-masing di bawah akta dan peraturan yang sama, katanya dalam kenyataan di sini.

Meor Hezbullah berkata semua pendatang tanpa izin yang dipindahkan ke negara asal itu juga telah disenarai hitam bagi mencegah mereka daripada memasuki semula negara ini. 

“Program penghantaran pulang ini merupakan sebahagian daripada aktiviti berterusan penguatkuasaan membenteras pendatang asing tanpa izin yang dijalankan oleh pihak kami,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan