EKONOMI

HEB GROUP PEROLEH KONTRAK UTAMA DI PELBAGAI RANTAU

06/06/2024 05:34 PM

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Perunding kejuruteraan serta pengurusan projek, HSS Engineers Bhd (HEB) sedang berkembang di peringkat antarabangsa dan menyasarkan untuk memperoleh 25 peratus perolehannya daripada usaha niaga luar negara menjelang 2027.

Naib Pengerusi Eksekutif Tan Sri Kuna Sittampalam melalui satu kenyataan berkata kumpulan itu sedang berminat untuk menggunakan kepakarannya dalam kejuruteraan infrastruktur bagi membangunkan ekonomi di rantau ASEAN, Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia Selatan.

“Kami digalakkan oleh dasar kerajaan di seluruh rantau ini untuk merangsang pertumbuhan ekonomi mampan melalui projek infrastruktur yang strategik .

“Di peringkat domestik, kami optimis mengenai percepatan pelaksanaan projek mega di Malaysia dan anugerah kontrak seterusnya, khususnya dengan saranan kerajaan untuk mempercepatkan projek berimpak tinggi,” katanya.

Kuna menambah kumpulan itu agak teruja bagi memanfaatkan unjuran pertumbuhan selain mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai Penyimpanan Pusat Data Digital negara untuk pengangkutan, air, kereta api dan lebuh raya.

Tahun ini, HEB telah menggondol kontrak perkhidmatan perundingan membabitkan Projek Lebuhraya Phonm Penh-Bavet bernilai RM15.0 juta di Kemboja.

Di Indonesia, kumpulan itu memperoleh 12 peratus kepentingan dalam PT Oriental Consultants Indonesia sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan wilayahnya.

HEB juga telah menjalin perkongsian pilihan dengan perunding kejuruteraan Jepun terkemuka bagi memudahkan pengembangannya ke luar negara, menghasilkan dua pencapaian yang signifikan pada tahun kewangan 2023.

Ia juga telah memeterai kontrak untuk menyediakan khidmat perundingan pengurusan projek bagi Transit Aliran Ringan Jakarta dengan kerjasama Oriental Consultants Global Co., Ltd yang berpangkalan di Jepun. Projek Fasiliti di Bangladesh dengan kerjasama OC Global dan EGIS Rail SA, Perancis

Sementara itu, di Filipina, HEB Group menubuhkan HSS-EDCOP, sebuah syarikat usaha sama dengan Engineering and Development Corporation of the Philippines (EDCOP) untuk menyediakan perkhidmatan serta penyelesaian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) kepada pasaran Filipina.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan