EKONOMI

STOK MINYAK SAWIT MALAYSIA NAIK 0.5 PERATUS KEPADA 1.75 JUTA TAN METRIK PADA MEI - MPOB

10/06/2024 04:03 PM

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Stok minyak sawit Malaysia meningkat 0.5 peratus kepada 1.75 juta tan metrik pada Mei 2024 daripada 1.74 juta tan metrik pada April 2024, demikian menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

MPOB menerusi laporan prestasi industri bagi Mei 2024, berkata stok minyak sawit mentah (MSM) negara naik 1.59 peratus kepada 979,352 tan metrik pada Mei daripada 964,049 tan metrik yang direkodkan pada April.

“Stok minyak sawit yang diproses merosot 0.85 peratus kepada 774,192 tan metrik pada Mei daripada 780,811 tan metrik sebelum ini,” katanya. 

Sementara itu, pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) menokok 13.48 peratus kepada 1.70 juta tan metrik pada Mei daripada 1.50 juta tan metrik pada bulan sebelumnya, manakala pengeluaran isirung sawit melonjak 11.13 peratus kepada 408,318 tan metrik daripada 367,420 tan metrik pada April.

MPOB berkata eksport minyak sawit meningkat 11.66 peratus kepada 1.38 juta tan metrik pada Mei berbanding 1.23 juta tan metrik pada April, manakala eksport biodiesel susut 40.85 peratus kepada 20,880 tan metrik pada Mei berbanding 35,298 tan metrik pada April.

Eksport oleokimia melonjak 9.95 peratus kepada 256,348 tan metrik pada Mei daripada 233,153 tan metrik sebelum ini.

“Eksport minyak isirung sawit naik 2.24 peratus kepada 87,827 tan metrik pada bulan lepas daripada 85,901 tan metrik pada April, manakala eksport dedak isirung sawit berkurangan 29.53 peratus kepada 147,006 tan metrik pada Mei daripada 208,602 tan metrik bulan sebelumnya," katanya. 

Mengenai import, MPOB berkata minyak sawit dan minyak sawit diproses kedua-duanya turun 40.28 peratus kepada 20,761 tan metrik pada Mei daripada 34,762 tan metrik pada bulan sebelumnya. 

Jumlah import minyak isirung sawit meningkat 24.02 peratus kepada 15,842 tan metrik pada Mei daripada 12,774 tan metrik pada April. Tiada import MSM direkodkan pada bulan Mei.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan