AM

PM Anwar Ziarah Wan Rosdy Di Ijn

10/06/2024 10:40 PM

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata keadaan Wan Rosdy semakin baik ketika beliau melawatnya tengah hari tadi. 

“Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik selepas menjalani prosedur pembedahan dan kini dalam pemantauan pakar perubatan di IJN,” kata beliau.

Wan Rosdy selesai menjalani prosedur pembedahan di IJN pada Jumaat lepas.

Menerusi perkongsian sama, Anwar berkata beliau turut menziarahi bapa saudara kepada Sultan Pahang Tengku Datuk Muhammad Sultan Abu Bakar serta bekas pelajarnya di Yayasan Anda, Basuki Yusof yang turut menerima rawatan di IJN.

“Mendoakan mereka dikurniakan afiyah dan kesembuhan sesegera mungkin, insya-Allah,” kata Anwar.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan