AM

Mohamed Khaled Lakukan Kunjungan Hormat Ke Atas Rakan Sejawat Di Turkiye

11/06/2024 04:51 PM

Daripada Ahmad Syabil Sultan Noordin Ahmad

ANKARA, 11 Jun (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Selasa melakukan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya dari Turkiye Yasar Guler di Kementerian Pertahanan Nasional Turkiye (MoND), di sini.

Mohamed Khaled yang tiba pada 10 pagi waktu tempatan bersama delegasi Malaysia, kemudian menerima tabik hormat daripada pasukan istiadat dan perbarisan MoND sebelum meluangkan masa hampir sejam mengadakan pertemuan dengan Yasar.

Ini lawatan kerja rasmi pertama Mohamed Khaled ke Turkiye sejak dilantik Menteri Pertahanan pada 12 Dis tahun lepas.

Lawatan berkenaan bertujuan memperkukuh kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara selain menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Malaysia-Turkiye yang akan diadakan buat julung kali.

Semalam, satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kerajaan dengan kerajaan (G2G) berkenaan perolehan produk pertahanan serta perjanjian kolaborasi serta kerjasama melibatkan pemain industri pertahanan Malaysia dan Turkiye telah diadakan.  

Selain itu, beliau turut melawat beberapa syarikat pertahanan seperti Turkish Aerospace Industries (TUSAS), Aselsan dan Mechanical and Chemical Industry Corporation (MKE).

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan