AM

Tiada Tanah Bertukar Milik, Terjual Kepada Mana-mana Pihak Di Melaka - Felda

12/06/2024 03:59 PM

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memaklumkan tiada sebarang tanah milik agensi itu yang bertukar hak milik atau terjual kepada mana-mana pihak dalam urus niaga sindiket penjualan tanah. 

Felda dalam kenyataan hari ini memaklumkan setakat ini, tiada kakitangannya yang terlibat dalam kes yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan sindiket penjualan 640 ekar (258.9 hektar) tanah milik Felda di Bukit Katil, Melaka.

“Felda akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam usaha memastikan segala urusan siasatan dapat dilaksanakan dengan baik,” menurut kenyataan itu.

Semalam, media melaporkan SPRM menahan lapan individu yang disyaki bersekongkol dengan menerima rasuah hampir RM2 juta daripada sindiket penjualan tanah milik Felda di Melaka.

Sumber SPRM memaklumkan lapan individu terbabit melibatkan broker, pegawai bank, pengarah syarikat serta orang awam berusia lingkungan 20 hingga 50-an yang ditahan di Kuala Lumpur dan Sabah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan