AM

PM ANWAR SAMPAI SUMBANGAN KEPADA KANAK-KANAK HIDAP PENYAKIT USUS KRONIK

12/06/2024 06:21 PM

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak berusia 12 tahun Thevsin Ramesh yang menghidap penyakit usus kronik. 

Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi kepada ahli keluarga kanak-kanak itu semasa menziarahi Thevsin di Hospital Tunku Azizah di sini, semalam. 

"Saya sedih apabila mendapat perkhabaran mengenai keadaan adik Thevsin yang diuji dengan dugaan yang cukup berat di usia muda.

“Saya juga difahamkan beliau sudah dua tahun menerima rawatan di hospital ini," katanya menerusi hantaran di akaun Facebook hari ini.

Anwar turut mendoakan Thevsin diberikan kesembuhan secepat mungkin, selain berharap sumbangan diberikan dapat membantu meringankan beban ditanggung keluarga kanak-kanak berkenaan.

Sementara itu dalam satu lagi hantaran di Facebook Perdana Menteri berkata Setiausaha Politiknya Muhammad Kamil Abdul Munim baru-baru ini turut mewakili beliau dalam sesi Ziarah Kasih MADANI di Kota Lama dan Pasir Pekan, Kelantan.

“Alhamdulillah beberapa keluarga telah disantuni selain menyerahkan sumbangan keperluan asas kepada mereka,” katanya.

Anwar berkata beliau dan pasukannya akan meneruskan usaha bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan