AM

KARNIVAL AGRO MADANI @ PASAR TANI KEKAL DI TERENGGANU, PAHANG DAN KELANTAN

13/06/2024 05:22 PM

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- FAMA Terengganu meneruskan Program Karnival Agro MADANI @ Pasar Tani Kekal (PTK) di Terengganu, Pahang dan Kelantan bagi memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan bekalan produk agromakanan dengan lebih mudah dan segar pada harga mampu milik.

PTK Chukai, Terengganu yang dilaksanakan selama tiga hari bermula hari ini hingga 15 Jun akan berlangsung secara serentak di PTK Chini Pekan, Pahang dan PTK RTC Kelantan.

“Dengan penganjuran karnival ini, ia dapat membantu kerajaan menangani kos sara hidup menerusi kebolehcapaian dan ketersediaan bekalan produk agromakanan dengan harga yang berpatutan kepada pengguna disamping membantu usahawan bimbingan FAMA memasarkan produk agromakanan secara terus di cawangan pemasaran FAMA.

“FAMA menyasarkan nilai jualan sebanyak RM500,000 dan seramai 50,000 pengunjung dijangka akan berkunjung ke PTK Chukai sepanjang tempoh tiga hari karnival ini berlangsung,” menurut kenyataan agensi itu di sini, hari ini.

Majlis perasmian PTK Chukai telah disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA Faisal Iswardi Ismail.

Menurut FAMA Terengganu, karnival melibatkan empat kluster iaitu kluster makanan popular, kluster segar, kluster Industri Asas Tani (IAT) dan kluster florikultur.

Selain itu, FAMA juga menjadikan platform ini sebagai medan padanan perniagaan antara usahawan dan potensi pemasar seperti pasar raya dalam usaha meluaskan luang pasaran produk Industri Asas Tani (IAT) kepada usahawan tempatan.

Pengunjung juga dapat menikmati jualan hasil laut dengan jumlah lelongan hasil sebanyak 1,500 kilogram (kg) setiap hari, jualan istimewa ayam 1,000 kg, jualan istimewa daging lembu tempatan 140 kg, jualan beras putih tempatan (BPT) sebanyak lima metrik tan dan jualan telur ayam sebanyak 500 papan setiap hari.

Bagi menggalakkan pengguna untuk berbelanja secara tanpa tunai, FAMA dengan kerjasama Payment Network Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd (PayNet) mengadakan cabutan bertuah melalui Program Go Cashless.

Melalui perbelanjaan dengan kaedah ini, pengguna digalak berbelanja secara tanpa tunai kerana setiap pembelian RM20 ke atas, pengguna berpeluang memenangi hadiah terkumpul bernilai RM50,000 berupa motosikal, gold bar, barangan elektrik, hamper dan lain-lain.

Karnival Agro MADANI @ Pasar Tani Kekal (PTK) sebelum ini telah dilaksanakan di PTK Seberang Jaya, Pulau Pinang dan akan dilaksanakan di PTK Datin Halimah, Johor pada Jun manakala di PTK Changlun, Kedah pada Julai depan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan