AM

PERMOHONAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA POLITEKNIK BAGI SESI AKADEMIK 2024/2025 DIBUKA

14/06/2024 11:26 AM

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Permohonan kemasukan pelajar sesi akademik 2024/2025 ke program Ijazah Sarjana Muda Politeknik kini dibuka hingga 22 Julai depan.

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam kenyataan hari ini berkata permohonan boleh dibuat melalui pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my dan pembelian nombor pin tidak diperlukan.

“Permohonan dibuka kepada pelajar lepasan Diploma/Diploma Lanjutan Politeknik dan kepada pelajar semester akhir Diploma Politeknik dan Kolej Komuniti (sesi II: 2023/2024 tamat latihan industri), di bawah program laluan khas,” menurut kenyataan itu.

Mulai sesi akademik 2024/2025 tiga program tambahan diperkenalkan, sekali gus menjadikan 10 program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan bagi sesi akademik berkenaan.

JPPKK berkata Pelan Hala Tuju Transformasi Politeknik 2023-2030 di bawah Agenda Pembaharuan Kritikal (CRA) ke-9 adalah mewujudkan politeknik Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX) sebagai model Politeknik Malaysia masa hadapan dengan menyediakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (Advanced TVET).

“Melalui agenda peluasan akses di bawah pelan tersebut juga, mulai sesi akademik 2024/2025, lepasan diploma kolej komuniti dan lepasan asasi TVET, lepasan asasi universiti awam dan lepasan matrikulasi Kementerian Pendidikan boleh memohon program Ijazah Sarjana Muda di politeknik,” menurutnya.

Maklumat berkenaan program dan syarat permohonan boleh dirujuk dengan melayari pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan