AM

PM ANWAR BERI SUMBANGAN KEPADA 29 MASJID, 13 SURAU SEMPENA AIDILADHA

14/06/2024 09:55 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan Aidiladha sebanyak RM113,000 serta 42 ekor lembu kepada 29 masjid dan 13 surau di Parlimen Indera Mahkota, semalam.

Anwar menerusi perkongsian di laman Facebooknya berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau mengadakan pertemuan dengan ahli jawatankuasa masjid dan surau bagi kawasan Parlimen itu.

“Semoga masyarakat Indera Mahkota dapat menjalani ibadah korban pada tahun ini dengan penuh kesyukuran, insya-Allah,” menurut catatan itu.

 Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada Isnin depan (17 Jun).

Selain itu, Ahmad Farhan turut mewakili Perdana Menteri menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Pusat Tahfiz Madrasah Asyraful Madaris di Beserah, Kuantan, Pahang.

Sumbangan itu bagi tujuan pembangunan madrasah berkenaan yang menempatkan 120 pelajar.

“Semoga sumbangan ini dapat memberikan lebih keselesaan kepada anak-anak untuk menuntut ilmu, insya-Allah,” katanya.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan