EKONOMI

APPLE STORE BAKAL BUKA KEDAI PERTAMA DI MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX PADA 22 JUN

15/06/2024 09:42 AM

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Kedai pertama Apple Store di Malaysia bakal dibuka di The Exchange, TRX Kuala Lumpur, pada 22 Jun ini pukul 10 pagi.

"Kami sedang bersiap sedia untuk membuka kedai Apple Store pertama kami di Malaysia.

"Kami tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan anda. Jom!" demikian ajakan Apple di laman sesawang rasmi dan media sosial mereka kepada pengguna dan peminat di Malaysia untuk mengunjungi kedai tersebut yang terletak di lot L1.40 di gedung beli belah tersebut. 

Logo Apple dalam iklan adalah mengikut reka bentuk kedai di The Exchange.

Ketika ini terdapat lebih daripada 500 kedai Apple Store di seluruh dunia. Kedai Apple Store di The Exchange akan menjadi yang keenam di Asia Tenggara dengan tiga lagi di Singapura dan dua di Thailand.

Machines Sdn Bhd adalah pengedar Apple Premium Reseller terbesar di Malaysia dengan 20 kedai dan syarikat itu juga merupakan pembekal perkhidmatan sah Apple.

--BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan