DUNIA

PM THAILAND DISAHKAN POSITIF COVID-19

17/06/2024 11:48 AM

BANGKOK, 16 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mengesahkan hari ini bahawa beliau positif COVID-19.

Srettha mengumumkan di akaun rasmi X miliknya bahawa beliau akan mengambil cuti sakit disebabkan diagnosis itu.

"Saya berasa tidak sihat sejak minggu lepas dan mengalami demam ringan, jadi saya memutuskan untuk menjalani ujian demi ketenangan fikiran. Saya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul kepada rakan sekerja dan pelanggan yang telah berhubung rapat dengan saya baru-baru ini," katanya di sini pada Ahad.

Srettha memberi jaminan bahawa beliau akan pulih dan kembali bekerja secepat mungkin.

Menurut akaun X beliau, Srettha telah melawat Hua Hin, termasuk stesen kereta api dan lapangan  terbangnya, pada hujung minggu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan