EKONOMI

HARGA PETROL, DIESEL KEKAL HINGGA 26 JUN

19/06/2024 05:54 PM

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter bagi tempoh 20 hingga 26 Jun ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kadar itu ditetapkan berdasarkan kepada harga produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

Menurut MOF kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan