AM

Istana Negara Agih Daging Korban Kepada 1,000 Asnaf Dan Kakitangan

20/06/2024 02:13 PM

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Lebih 1,000 asnaf dan kakitangan Istana Negara menerima agihan daging korban sempena sambutan Aidiladha di Istana Negara di sini, hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Zailani Hashim berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 10 ekor lembu bagi agihan daging korban tersebut.

Beliau berkata tiga ekor lagi adalah daripada Syarikat Pengurusan Fasiliti GFM Services Berhad dan kakitangan istana yang turut sama melakukan ibadah korban tahun ini.

"Ini merupakan antara korban lembu terbanyak pihak Istana Negara pernah anjurkan sempena Aidiladha, kita amat hargai. Tuanku seorang yang pemurah dan suka menyumbang," katanya kepada Bernama selepas menyerahkan agihan tersebut. 

Zailani berkata program itu juga diharap dapat meringankan beban keluarga daripada golongan fakir miskin dan asnaf selain mewujudkan keharmonian serta sifat saling membantu. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan