AM

MALAYSIA, CHINA BERSAMA JALANKAN PENYELIDIKAN BAHARU PERLINDUNGAN PANDA

20/06/2024 06:59 PM

KUALA LUMPUR, June 20 (Bernama) -- Malaysia dan China telah mengesahkan usaha bersama untuk menjalankan pusingan penyelidikan baharu dalam perlindungan panda, sempena lawatan Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia yang berakhir hari ini.

Dalam satu kenyataan bersama Malaysia dan China yang dikeluarkan hari ini, pada penghujung lawatan Li ke Malaysia menyatakan bahawa usaha itu adalah bagi memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik dan mengukuhkan kerjasama penyelidikan saintifik.

“Kedua-dua pemimpin mengharapkan untuk mencapai kemajuan dalam bidang ini,” menurut kenyataan bersama itu.

“Diplomasi Panda yang mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China telah memberikan manfaat signifikan menerusi beberapa pengiktirafan kepada Malaysia, selain meningkatkan reputasi Zoo Negara.

Panda Gergasi Fu Wa dan Feng Yi telah dipinjamkan oleh China kepada Malaysia pada 21 Mei 2014, sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik, pasangan itu kemudiannya melahirkan tiga anak: Nuan Nuan pada 18 Ogos 2015, Yi Yi  (14 Jan 2018) dan Sheng Yi (30 Mei 2021).

Pasangan Fu Wa dan Feng Yi, dilahirkan pada 23 Ogos 2006, di Pusat Panda Wolong, Sichuan, China, dan kemudiannya dinamakan semula sebagai Xing Xing dan Liang Liang.

Panda Gergasi yang merupakan khazanah negara China, mencerminkan keharmonian, persahabatan dan keamanan, telah menjadi sinonim dengan sejarah 5,000 tahun China.

Panda mudah dikenali dengan tompok hitamnya yang besar di sekeliling mata, di atas telinga dan di seluruh badannya yang gemuk dan ia merupakan satu bentuk jangkauan diplomatik untuk China.

Walau bagaimanapun, Panda Gergasi dan juga Harimau Malaya (Malaysia) dalam situasi sangat terancam ekoran kehilangan habitat kekal dan Malaysia dan China telah mengambil langkah serius termasuk usaha memulihara spesies terancam, yang berisiko untuk pupus itu.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan