SEATTLE (Amerika Syarikat), 20 Jun (Bernama-Anadolu) -- Amerika Syarikat menewaskan Australia 2-0 dalam perlawanan Kumpulan D Piala Dunia FIFA 2026 di Lumen Field di Seattle pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ramai penonton berkumpul di luar stadium sebelum sepak mula, mencipta suasana meriah dengan pakaian berwarna-warni dan nyanyian.
Dalam kalangan penyokong, beberapa individu membawa bendera dan sepanduk Palestin yang menampilkan mesej solidariti dengan negara itu.
Bercakap kepada Anadolu di luar venue, penonton Morina dan Nick menjelaskan motivasi mereka untuk mempamerkan simbol dan berkongsi mesej pro-Palestin semasa perlawanan kejohanan tersebut.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial