AM

APMM KOMITED NAIKKAN GPI MALAYSIA

21/06/2024 09:09 PM

PUTRAJAYA, 21 Jun (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mempertingkatkan keselamatan di Zon Maritim Malaysia sebagai langkah proaktif untuk memastikan perairan negara terus selamat dan terjamin.

Pemangku Ketua Pengarah APMM Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata langkah itu bukan sahaja bagi menjaga keselamatan negara tetapi juga untuk memberikan sumbangan positif kepada Indeks Keamanan Global (GPI).

Media melaporkan Malaysia melonjak sembilan anak tangga kepada kedudukan ke-10 negara paling aman di dunia pada 2024, berbanding tempat ke-19 sebelumnya.

Beliau berkata peningkatan keselamatan ini sejajar dengan komitmen kerajaan untuk memastikan keselamatan maritim negara terus berada pada tahap optimum dan kepentingan menjaga perairan negara serta laluan perdagangan antarabangsa seperti Laut China Selatan dan Selat Melaka. 

"Tindakan rondaan dan pengawasan yang lebih ketat serta berterusan amat perlu bagi memastikan kedaulatan, hak dan kepentingan negara di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) sentiasa dilindungi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Saiful Lizan berkata keselamatan yang dipertingkatkan itu diharap dapat menarik lebih ramai pelabur asing memandangkan Malaysia telah diiktiraf sebagai satu daripada negara selamat di dunia.

"Malah usaha yang dilaksanakan oleh APMM Malaysia diharapkan dapat terus menyokong peningkatan kedudukan Malaysia dalam Indeks Keamanan Global, sekali gus memajukan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat," katanya. 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan