AM

ANWAR TERKESAN DENGAN PEMERGIAN TANRI ABENG

23/06/2024 04:54 PM

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa terkesan dengan pemergian sahabat beliau iaitu bekas Menteri Negara Pendayagunaan Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Indonesia Dr Tanri Abeng Palehe yang meninggal dunia di Jakarta hari ini. 

“Telah berpulang ke rahmatullah sahabat saya Dr H. Tanri Abeng bin Palehe. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Negara Pendayagunaan BUMN dalam Kabinet Presiden Soeharto.

“Sebagai sahabat saya tentunya terkesan dan mendoakan agar Tuhan mengampuni segala dosanya selama hidupnya.

"Semoga rohnya ditempatkan bersama kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh, insya-Allah,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.

Memetik laporan ANTARA News, Tanri Abeng yang juga pernah berkhidmat di zaman pentadbiran Presiden BJ Habibie menghembuskan nafas pada usia 82 tahun.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan