JENAYAH & MAHKAMAH

IMIGRESEN SELANGOR TAHAN 384 PENDATANG TANPA IZIN DI BANDAR SULTAN SULEIMAN

24/06/2024 08:48 PM

SHAH ALAM, 24 Jun (Bernama) -- Jabatan Imigresen Selangor menahan 384 pendatang tanpa izin dalam operasi bersepadu yang dijalankan di kawasan perumahan di Jalan Sultan Abdul Samad 38, Bandar Sultan Suleiman di Pelabuhan Klang, semalam.

Pengarah Imigresen Selangor Khairul Aminus Kamaruddin dalam kenyataan berkata 1,700 warga asing diperiksa dalam operasi kira-kira 5 petang melibatkan pelbagai agensi itu.

Beliau berkata mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 50 tahun dan melakukan kesalahan antaranya tidak memiliki pas atau permit sah serta tinggal melebihi tempoh masa dibenarkan.

“Operasi ini dilakukan selepas risikan selama tiga bulan susulan aduan orang ramai yang bimbang dengan kebanjiran warga asing di kawasan perumahan itu,” katanya.

Semalam, media melaporkan ketika serbuan, kebanyakan warga asing sedang menghabiskan cuti hujung minggu dengan bermain bola sepak dan membeli barang keperluan di pasar malam di kawasan perumahan itu.

Menyedari kehadiran pihak berkuasa, ada antara mereka bertempiaran melarikan diri termasuk bersembunyi di bawah kenderaan bagi mengelak ditahan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan