SEOUL, 26 Jun (Bernama-Yonhap) -- Samsung Electronics Co. dijangka melancarkan telefon pintar siri Galaxy baharu bercirikan kecerdasan buatan (AI) bulan depan.
Samsung Galaxy Unpacked 2024 akan berlangsung di Paris pada 10 Julai (waktu tempatan), kira-kira dua minggu sebelum pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas Paris, lapor Agensi Berita Yonhap pada Rabu.
Samsung tidak mengulas lanjut, tetapi pemerhati pasaran menjangkakan Samsung akan melancarkan siri Galaxy Z Fold baharu dan Galaxy Z Flip 6 dengan AI generatif.
Dalam acara itu, Samsung juga dijangka memperkenalkan peranti pintar Galaxy Ring pertamanya dan siri Galaxy Watch 7.
-- BERNAMA-YONHAP
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial