EKONOMI

SAPURA ENERGY LANTIK SHAHIN FAROUQUE SEBAGAI PENGERUSI INTERIM

26/06/2024 04:19 PM

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Sapura Energy Bhd mengumumkan pelantikan Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas syarikat itu, Shahin Farouque Jammal Ahmad sebagai Pengerusi Interim sehingga diberitahu kelak.

Menurut syarikat itu, pelantikan itu adalah susulan Pengerusinya Datuk Mohammad Azlan Abdullah diberikan cuti rehat berkuat kuasa hari ini.

"Cuti berkenaan diberikan bagi membolehkan beliau menumpukan pada siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  berhubung perkara yang tidak berkaitan dengan Sapura Energy," kata syarikat itu dalam satu kenyataan yang dimaklumkan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ia berkata perniagaan Sapura Energy akan diteruskan sepertia biasa, termasuk usaha penstrukturan semula hutangnya.

"Pengumuman lanjut akan dimaklumkan sekiranya terdapat perkembangan penting mengenai perkara ini," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan