JENAYAH & MAHKAMAH

PERHILITAN PAHANG TAHAN TIGA LELAKI KEMBOJA DISYAKI BURU HIDUPAN LIAR

27/06/2024 11:16 AM

KUANTAN, 27 Jun (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang menahan tiga lelaki warganegara Kemboja disyaki memburu hidupan liar secara haram di Hutan Simpan Berkelah di sini, Selasa lepas.

Pengarah berkenaan Rozidan Md Yasin dalam kenyataan berkata Pasukan Taktikal Khas Perhilitan (SPARTA) turut menemukan beberapa utas jerat dan bahagian hidupan liar berserta peralatan kerja dipercayai digunakan untuk mengambil hasil hutan ketika pemeriksaan di khemah warga asing itu. 

Beliau berkata ketiga-tiga lelaki berumur antara 50 dan 60 tahun itu direman tujuh hari hingga 1 Julai  untuk siasatan lanjut di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010/ Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022.

Kerajaan katanya komited untuk melindungi dan memelihara khazanah negara daripada sebarang ancaman jenayah terhadap hidupan liar di Malaysia. 

Orang ramai diseru untuk menyalurkan sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar kepada Pejabat Perhilitan terdekat atau melalui talian hotline Perhilitan 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan