AM

MESYUARAT SPR BERLANGSUNG, BINCANG URUSAN PRK DUN NENGGIRI

28/06/2024 10:40 AM

PUTRAJAYA, 28 Jun (Bernama) -- Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan urusan dan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan sedang berlangsung di Menara SPR di sini.

Mesyuarat dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun itu bermula pada pukul 10 pagi, antaranya bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRK berkenaan seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain.

Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom dan Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak.

SPR dijangka mengadakan sidang media dalam 12 tengah hari selepas selesai mesyuarat berkenaan.

Pada 19 Jun lepas, Ikmalrudin dilaporkan berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung kekosongan luar jangka kerusi N43 Nenggiri.

Mohd Amar berkata keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun lepas.

Menurut Mohd Amar, parti Bersatu pada 12 Jun lepas juga memaklumkan Mohd Azizi telah hilang keahlian, dan seterusnya berlaku kekosongan luar jangka pada kerusi berkenaan. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan