DUNIA

BURSA MALAYSIA DIBUKA RENDAH

28/06/2024 11:14 AM

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat dalam persekitaran prestasi Wall Street yang lemah berikutan peniaga kekal tidak memasuki pasaran menjelang data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang baharu dikeluarkan hari ini, kata penganalisis. 

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.70 mata kepada 1,583.24 daripada 1,584.94 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 1.41 mata kepada 1,583.53.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 220 berbanding 182, dengan 332 kaunter tidak berubah, 1,679 tidak diniagakan dan 45 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 287.08 juta unit bernilai RM164.32 juta.

Dilaporkan Wall Street ditutup pada paras tidak berubah semalam yang menyaksikan Dow Jones Industrial Average naik 0.09 peratus atau 36 mata manakala Nasdaq menambah 0.3 peratus atau 53 mata.

Sementara itu, hasil 10 tahun AS merosot kepada 4.286 peratus berikutan tuntutan pengangguran yang tinggi menunjukkan pasaran pekerjaan AS yang lemah.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Research Kenny Yee percaya corak dagangan di bursa tempatan akan lemah hari ini menjelang data Perbelanjaan Penggunaan Peribadi AS dikeluarkan.

“Oleh itu, kami menjangka indeks petunjuk pasaran akan diniagakan antara 1,580 dan 1,590 hari ini,” katanya kepada Bernama. 

Saham wajaran tinggi Maybank merosot dua sen kepada RM9.94, Tenaga Nasional susut 28 sen kepada RM13.66 dan CIMB berkurangan satu sen kepada RM6.76. 

Sementara itu, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.01 dan IHH Healthcare naik dua sen kepada RM6.30. 

Bagi kaunter paling aktif, Jaks Resources, Sapura Energy dan OCR Group, masing-masing meningkat setengah sen kepada 16.5 sen, empat sen dan 11.5 sen. 

Ingenieur Gudang merosot setengah sen kepada 5.5 sen dan YNH Property naik tiga sen kepada 52.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 7.46 mata kepada 12,153.38, Indeks FBMT 100 jatuh 7.49 mata kepada 11,740.50, Indeks FBM Emas Shariah merosot 8.22 mata kepada 12,488.02 dan Indeks FBM ACE susut 1.44 mata kepada 5,687.54.

Bagaimanapun, Indeks FBM 70 naik 7.69 mata kepada 17,727.84.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga naik 2.02 mata kepada 951.64, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.36 mata kepada 195.61 dan Indeks Perladangan menambah 7.12 mata kepada 6,957.94, bagaimanapun Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 14.61 mata kepada 17,405.71.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan