DUNIA

83.5 PERATUS RESPONDEN PUJI LIMA PRINSIP HIDUP BERSAMA SECARA DAMAI

28/06/2024 02:52 PM

BEIJING 28 Jun (Bernama-CMG) -- Keputusan tinjauan pendapat yang dijalankan oleh CGTN baru-baru ini mendapati bahawa sebanyak 82 peratus responden dari serata dunia menganggap China ialah tenaga penting dalam memelihara kedamaian dunia, manakala 83.5 peratus responden memuji "Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai" yang merangkumi konsep kedaulatan, keadilan, demokrasi dan perundangan.

Mereka juga menganggap bahawa China akan membantu komuniti antarabangsa untuk membina dunia yang lebih indah.

CGTN melancarkan dua tinjauan pendapat, disertai 11,706 responden dari 36 negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Britain, Jerman, Jepun, Pakistan, India dan lain-lain.

Untuk rekod, China menganjurkan "Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai" pada tujuh dekad lalu, iaitu saling menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah, tidak menceroboh, tidak mencampuri urusan dalaman negara lain, sama rata dan saling menguntungkan, serta hidup bersama secara damai.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan