AM

TRIBUNAL PERUMAHAN DAN PENGURUSAN STRATA SELESAIKAN LEBIH 51,000 KES

28/06/2024 05:28 PM

PUTRAJAYA, 28 Jun (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS)  berjaya menyelesaikan 51,233 kes termasuk kes tertunggak bagi tempoh 2018 hingga 2023.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia melibatkan 9,081 kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan 42,152 kes Tribunal Pengurusan Strata (TPS).

Menurut KPKT, tahun lepas mencatatkan jumlah tertinggi penyelesaian kes iaitu 11,361 kes manakala bagi Januari hingga Mei tahun ini, jumlah pendaftaran kes TTPR adalah 791 kes dan 943 kes berjaya diselesaikan.

“Untuk TPS pula, pendaftaran kes adalah 4,180 kes dan telah berjaya menyelesaikan 3,927 kes,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming hari ini menyampaikan watikah pelantikan kepada 28 presiden baharu bagi TTPR dan TPS di KPKT di sini. 

“Dengan pelantikan ini diharapkan proses pendengaran kes di TPPS dapat berjalan dengan lebih lancar dan efisien serta menepati sasaran yang telah ditetapkan,” kata Nga dalam kenyataan sama.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan