EKONOMI

PUBLIC MUTUAL ISYTIHAR AGIHAN LEBIH RM107 JUTA UNTUK LIMA DANA

28/06/2024 05:45 PM

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Subsidiari milik penuh Public Bank, Public Mutual telah mengisytiharkan agihan lebih daripada RM107 juta untuk lima dana bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024.

Syarikat unit amanah itu, dalam satu kenyataan berkata pengagihan kasar yang diisytiharkan ialah 5.00 sen seunit membabitkan Dana Pendapatan Tetap PB dan Dana Islam PB, 4.75 sen seunit untuk Dana Bon Infrastruktur PB serta 1.00 sen seunit untuk Dana Bon Institusi Awam.

Ia juga mengumumkan 0.10 sen seunit kepada Dana Simpanan Islam Awam (dasar pengagihan/separuh tahunan).

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dengan lebih 180 dana di bawah pengurusannya.

Ia juga merupakan penyedia skim persaraan swasta (PRS) yang diluluskan, menguruskan sembilan dana PRS, dengan jumlah 31 cawangan/pusat perkhidmatan pelanggan di seluruh negara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan