JENAYAH & MAHKAMAH

TIADA INDIVIDU MENYAMAR SEBAGAI ANGGOTA POLIS DI DAERAH KUALA KANGSAR - POLIS

28/06/2024 06:55 PM

IPOH, 28 Jun (Bernama) -- Polis menafikan wujud individu yang menyamar sebagai anggota polis dalam daerah Kuala Kangsar sepertimana tular dalam sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun berkata hasil siasatan mendapati video yang dimuat naik oleh individu berkenaan merupakan siri lakonan pendek.

“Video itu adalah merupakan satu siri lakonan pendek yang telah dibuat seorang individu pemilik akaun TikTok ‘Harima Kawa’ dan ditularkan oleh rakannya diaplikasi sama.

“Tiada sebarang kejadian individu menyamar sebagai polis sepertimana dakwaan yang dibuat sesetengah pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Heisham berkata orang ramai diminta berhati-hati dalam menyebarkan sebarang maklumat, khususnya di media sosial.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan