DUNIA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP TINGGI

28/06/2024 09:47 PM

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh kekukuhan pasaran minyak kacang soya yang dan jangkaan pengurangan pengeluaran pada minggu-minggu akan datang, kata peniaga minyak sawit David Ng.

“Kami melihat potensi paras sokongan pada harga sekitar RM3,850 setan metrik manakala paras rintangan pada RM4,000 setan metrik,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata prestasi yang lebih baik itu turut disokong oleh kenaikan harga niaga hadapan minyak sayuran China dan minyak kacang soya mentah Amerika Selatan (CDSBO), dan peningkatan momentum dalam pasaran minyak biji sesawi Kesatuan Eropah.

Pada penutup dagangan, kontrak Julai 2024 melonjak RM31 kepada RM3,976 setan metrik, Ogos 2024 menokok RM22 kepada RM3,932 setan metrik dan September 2024 naik RM26 kepada RM3,916.

Kontrak Oktober 2024 meningkat RM21 kepada RM3,905 setan metrik, November 2024 menambah RM17 kepada RM3,903 setan metrik dan Disember 2024 menokok RM10 kepada RM3,911 setan metrik.

Jumlah dagangan meningkat kepada 64,244 lot daripada 59,948 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 203,691 kontrak daripada 204,700 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan kekal tidak berubah pada RM4,000 setan metrik.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan