AM

PM ANWAR LUANG MASA BERTEMU PELAKON KAMAL HAASAN, BERTUKAR PANDANGAN INDUSTRI FILEM

29/06/2024 12:49 AM

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat, meluangkan masa bertemu dengan pelakon terkenal India Kamal Haasan, yang kini berada di Malaysia bagi mempromosikan filem ‘Indian 2’.

“Dalam sela-sela tugasan rasmi, saya sempat meluangkan masa bersama seniman dan ‘superstar’ tersohor India, Kamal Haasan.

“Kesempatan yang ada kira-kira 30 minit itu, digunakan untuk berbicara dan bertukar pandangan terkait industri perfileman termasuk ketegasan terhadap rasuah,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Kamal, 70, berada di ibu negara untuk mempromosikan filem ‘Indian 2’, iaitu sekuel filem blockbusternya pada 1996 ‘Indian’.

Filem ‘Indian’ yang dikeluarkan pada 1996, menampilkan Kamal sebagai pejuang kemerdekaan memberontak menentang rasuah di India sekali gus mewujudkan konflik dengan anaknya yang terlibat dalam amalan rasuah.

Filem itu menjadi filem Tamil yang menerima kutipan tertinggi selepas ditayangkan, serta merupakan  penyertaan India untuk Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi pada 1996, walaupun ia tidak menerima pencalonan.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan